Lukisan Jalanan 3D-Percaya atau Tidak

Lukisan 3D ini anda mesti lihat. Hasil yang cukup mengagumkan dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Enjoy!!

Telur Face

Artikel kali berdasarkan sifat-sifat telur. Ramai yang tak tahu ape perasaan telur. Ramai yang anggap telur hanya bersifat bujur atau bulat yang sedap untuk digoreng atau dipelbagaikan dengan masakan yang lain. Betul kan?

Ok.kali ni saya paparkan perasaan takut,sedih, berani, ganas, cinta dan lain-lain lagi yang ada pada telur ayam. Apa perasaan anda jika berlaku bergini? nk makan atau tidak. Kalau tak makan perut lapar,kalau dimakan rasa kesian pulak. Tepuk dada,tanya diri sendiri.

Comel kan…ahks…

Tragedi Ngeri Di KB Mall

Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.

Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Versi pertama

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.

Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Versi kedua.

pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai  lelaki, sedang cuba menolak kereta tersebut kerana rosak. mereka cuba menolak kereta tersebut supaya engine kereta dapat dihidupkan semula. Tetapi entah macam mana, kereta tersebut merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskelator yang berada di tingkat dua.

—-

Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.

Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.

Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi,i-c-u, hospital raja perempuan zainab dua kota bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.

Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.

Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.

kemalangan 1

Inilah lokasi 3rd floor yang dikatakan dilanggar oleh kesilapan reverse gear kereta tadi.

Kemalangan 2

plat kereta berkenaan yg tercampak.Patut lah..Tgk nombor tu,nombor reverse!!! 3210…adoiii!!!kebetulan.

Kemalangan 3

Kereta kuning ini tersilap reverse gear dan terjatuh dari 3rd floor (parking) dan jatuh terus ke ground floor.eii..menakutkan!

Kemalangan 4

Sumber: http://nixkgeekier.net/life-log/gambar-gambar-kb-mall-runtuh

Peraduan Langgan dan Menang dari Studio Inspirasi NS

Poster Langgan & Menang

Peluang terbaik kepada bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan
perkahwinan, di jemput menyertai Peraduan Langgan Dan Menang dari Studio
Inspirasi NS.

Peluang untuk memenangi SET SOFA L sangat cerah dah senang. Anda mungkin
diantara 3 pemenang bertuah. Rebut peluang ini sementara masih ada. Tempoh
peraduan bermula dari 1 Disember 2009 sehingga 31 Mac 2010.

Untuk maklumat lanjut layari:
http://skop-studions.blogspot.com/2009/11/peraduan-langgan-dan-menang.html

atau

http://studions.fotopages.com/?entry=1962446

Sebarang Pertanyaan sila hubungi:
En. Nazri Salleh
0137230803::0127152321
Email: studio.inspirasins@yahoo.com.my
Studio Inspirasi NS (JM0473453-X)

PERADUAN LANGGAN DAN MENANG

Peraduan

CEPAT!! sertai peraduan ini. Sungguh mudah. Selagi peluang masih ada kepada bakal pengantin dan tidak perlu beli sofa lagi untuk melengkapkan kelengkapan rumah selepas kahwin.

Keistimewaan Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suami nya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibu nya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

SHARING IS LOVING-ADAKAH YG AKAN MENDOAKAN KITA??

Mari kita jadikan renungan bersama…….bukan percaya pada ceirta tapi lihat pada massage yang nak disampaikan …..

amin……………………………..

Assalamualaikum.

Sangat baik artikel ni..

Moga ALLAH memberi rahmat dan hidayahnya untuk kita baiki diri

Adakah yang akan mendoakan kita?

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke.
Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap
dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si
pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan,
Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau
akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan
belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya
mencari 50 orang, itu sangat mudah.’kata si pengarah ini dengan
yakinnya.

Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam
sebelum batas waktu yang sudah disepakati. Tepat pukul 23:00, Malaikat
kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah
esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah
pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50
orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.
Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari
suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang
berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil
kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar

besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar
itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak
kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan
air mata di pipi mereka. Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu,
kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa
isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu. Kembali
terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu
kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku
tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur
dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk
popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang
tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah
Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu
ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu
isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir
di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat. Melihat
peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini.

Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik.
Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru
menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu terus
berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang
makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar
biasa.
Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada
yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku,
teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku? Jawab
si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas.
Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua
karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja,

kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup
memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan
kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini
adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk
melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di
kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di
kerusi sambil memangku si bongsu. Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00,
tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan
penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa
buatmu tepat jam 24:00.
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47
orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang
pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim?
kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi
mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya
untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan
pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat
khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU.
Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang
koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya
anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Kuasa Doa

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk
berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat
lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya
kita berdoa bagi dia.
Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan
doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Disaat kita berdoa bagi orang
lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat

kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan
menyakiti orang lain.
Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati,
bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan
hatinya.

Katakan ini dengan perlahan,
”Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah
hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu
yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu
yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang
tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang
telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon
pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang
dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa
mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala
nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. ” ..

” wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak  pula aku
sanggup keNerakamu………,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu
……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

hargai org yg menyayangimu selagi ada..bila dia pergi..tiada lg penyesalan..

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Michael Jackson-kehilangan yang amat dirasai

Berderau darah bila aku mendengar berita kematian seseorang yang sangat aku kagumi, Michael Jackson. Aku sangkakan pada mulanya hanya khabar angin rupa-rupanya benar setelah aku mendengar berita tv dan membaca akhbar. Sedih dan pilu aku rasa. Beliau adalah seorang insan bergelar bintang terunggul yang pernah wujud dimuka bumi ini. Tiada pengganti dan tiada sehebatnya sampai bila-bila. Itulah anugerah hebat yang Allah kurniakan kepadanya.

Michael Jackson

Aku membesar dan hidup pada zaman kegemilangannya penuh dengan anugerah yang dirangkul pada 80-an. Kelincahan dan keunikan tariannya sangat-sangat memukau sesiapa sahaja yang melihat dan tidak hairanlah jika atuk dan nenek kita juga mengenainya. Siapa sahaja kenal dan tahu siapa Michael Jackson.

Michael dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Dia merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang.

Lima anak Jackson – Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael – membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun.

Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular – The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.

Michael membuat album sulungnya pada 1979, dan album Thriller pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10.Michael kaya raya apabila album Thriller terjual 109 juta keping dan membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian.

Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat.

Michael Jackson merupakan penerima 13 kali Anugerah Grammy dan merupakan artis pertama yang menggunakan wajahnya pada stamp.

Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Beliau dilaporkan memilih “Mikaeel” – sempena nama malaikat pembawa rezeki – sebagai nama Islamnya.

Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.

Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga di pentas – dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk.

*Semoga rohnya dirahmati Allah..amin..

Rahsia dan keagungan AZAN!!

Masjid
Ayat

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA……………
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu…

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratul maut’ .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ‘
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah. .’ yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah. .’
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin. .’

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!