Misteri di Pantai Lido

Pengalaman ini aku rakan semasa aku dan kawan-kawan habiskan cuti hujung minggu aku di Pantai Lido, Johor Bahru. Tarikh aku dah tak ingat tapi yang aku ingat masa tu pukul2 pagi. Suasana masa itu biasa sahaja tanpa ada rasa apa pada diri aku. Kami semua berseronok, menyanyi lagu kegemaran tapi tak membuat bising dan tak menganggu pengunjung-pengunjung yang lain. Kami masih tahu batas-batasannya. Seperti biasa setiap perjumpaan dengan kawan-kawan aku, ambil gambar adalah satu kemestian sebab aku memang suka amik gambar. So, aku pun suruh mereka berdiri dibibir pantai Lido tu dan mengadap ke daratan. Maksudnya mereka membelakangkan pantai tu. Untuk pengetahuan semua, inilah hasilnya…..sedia ye…(beberapa identiti t’paksa dirahsiakan)

foto misteri asal

Gambar asal ni bila di pandang sekali imbas memang tak ada apa-apa. Nampak biasa sahaja. Tetapi bila gambar ini diterangkan……lihat gambar di bawah ini….

foto misteri diterangkan

Haa….siapakah dibelakang kawan saya tu..??!! adakah tangan kawan saya sendiri atau mahluk lain yg nak tumpang bergambar juga? Anda nilaikanlah sendiri…Tiada foto trik. Ini adalah gambar sebenar dan kebetulan. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Sesungguhnya jin dan syaitan itu berada dimana-mana sahaja…

P/s: nantikan koleksi saya sendiri yang seterusnya…EXCLUSIF hanya di blog ini sahaja. Gambar-gambar koleksi saya belum pernah disiarkan dimana-mana media.

Tinggalkan jawapan