Contributed by tamingsari dan motorSIKAL
“ Hak orang semua dia nak kebas “, ini adalah diantara sikap-sikap atau ciri-ciri yang senonim dengan Penasihat Agong PKR, Anwar Ibrahim. Dulu, kini dan selamanya, masih tidak berubah. Maaf kerana tak menggunakan perkataan “Datuk Sri “ kerana sudah hilang rasa hormat pada beliau apabila Anwar menyokong dan mempertahankan tindakan Karpal Singh menghina Islam, Sultan dan Raja-raja Melayu.
Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang rakyat Malaysia mahu? Mungkin rakyat boleh membuat “ proposal “ supaya darjah kebesaran yang diterima oleh Anwar ditarik balik. Terbaru apabila Anwar dikatakan cuba “ mengebas atau memancing “ dengan sogokan wang dan tawaran-tawaran lain yang menarik kepada ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak supaya menyertai Pakatan Rakyat.
Dengan riak dan bangganya Anwar mengistiharkan yang beliau sudah berjaya mengikat 30 orang ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai beliau membentuk kerajaan baru menggantikan BN. Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mengumumkannya.
Seolah-olah terlalu yakin akan menang didalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan dalam masa yang terdekat seterusnya dapat mempengaruhi Ahli Parlimen ( BN ) di Sabah dan Sarawak supaya menyertai Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim berkata, ” sekarang kita biarkan Parlimen bersidang seperti biasa, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana tidak ada sebab untuk kita tergesa-gesa kerana saya yakin kita akan berada di sana ( sebagai kerajaan ). ” Kalau tidak bulan depan, mungkin bulan seterusnya, mungkin Mei, Jun, Julai, sambutan merdeka atau sambutan Hari Malaysia. Saya jangka kita tidak akan melepasi tarikh itu,” katanya dengan angkuh semasa tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan ke Sabah baru-baru ini.
Sekali lagi pada 13 Mei yang lepas dimana desas-desus melalui sms mengatakan pada hari itu ada 16 ahli parlimen Sabah akan melangkah ke Pakatan Rakyat dan sehari sebelum itu Anwar memanggil wartawan untuk mengadakan sidang akhbar. Apa yang terjadi pada hari itu adalah disebaliknya apabila ahli-ahli parlimen Sabah menyanggah semula kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim. Mereka bersatu dan memberi komitmen untuk terus bersama BN malah ada diantara mereka mendedahkan yang mereka ditawarkan dengan sejumlah wang yang besar dimana kalau digunakan sampai tiga generasi pun tak akan habis. Anwar masih bersandiwara lagi. Kata orang Perak “ ape ke hei nya yop “ cuba bentuk kerajaan bebas rasuah, tapi dengan rasuah.
Adakah Anwar dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tahu yang negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan Barisan Nasional ( BN ) yang memerintah sekarang ditumbangkan melalui amalan ” melompat parti ” seperti apa yang cuba digunakan oleh parti pembangkang. Tindakan melompat parti adalah bercanggah dengan sistem demokrasi negara dan ianya secara tidak langsung menggalakkan amalan rasuah. Jika ianya diteruskan juga nescaya hanya mengundang malapetaka kepada negara ini. Kalau hendak sangat pun menjadi Perdana Menteri seperti apa yang dicita-citakan, tunggulah pada PRU ke-13 nanti.
Anwar Ibrahim berhak menyimpan hasrat untuk berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri sepertimana yang diidam-idamkan, tetapi adalah lebih molek dilakukan secara sah melalui proses pilihanraya yang bersih, adil dan telus sepertimana yang beliau dan penyokong-penyokong beliau laung-laungkan sebelum ini. Hormatilah keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU ke -12 yang lalu. Amat malu lagi Anwar yang dijulang sebagai pejuang keadilan mengambil jalan singkat untuk mencapai cita-cita beliau. Jangan jadi macam orang yang ” kemaruk kuasa “. Budak Tadika pun tahu untuk berbaris bila mereka nak menaiki bas? Tak perlu terburu-buru.
Tetapi sebelum cita-cita tercapai, rasanya elok kalau di imbau kembali sedikit sebanyak tentang Anwar Ibrahim yang menjadi persoalan sekarang. Selepas beliau dibebaskan pada tahun 2004 dan tiada mempunyai pekerjaan, siapakah yang membiayai perbelanjaan beliau yang kerap ke luar negeri. Mengapa beliau sering memburuk-burukkan negara dalam ceramah-ceramah beliau diluar negeri. Adakah anda Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat cela sehingga sanggup memalukan negara. Ingat Anwar, satu jari menunding empat jari membalas balik kepada anda. Anda tentu faham akan maksudnya.
Apakah hubungan istimewa Anwar dengan beberapa pemimpin Amerika seperti bekas naib Presiden Al-Gore dan Bekas Presiden Bank Dunia , Paul Wolfowitz yang diketahui umum berketurunan yahudi. Mengapa akhbar Israel ” Jerusalem Post ” melapurkan dan meramalkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mengapa tiba-tiba Israel berminat dengan Anwar dan politik Malaysia kalau beliau tidak ada hubungan istimewa dengan kedua-dua tokoh yahudi itu. Adalah sangat memalukan apabila seorang bekas naib Presiden Amerika Al-Gore sanggup menyeru rakyat melakukan refomasi bagi menyatakan sokongannya kepada Anwar semasa berucap di mesyuarat APEC 99 di Kuala Lumpur yang lalu. Betapa Anwar disambut dengan permaidani merah semasa beliau melawat Amerika Syarikat ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Adakah layak bagi seorang Timbalan Perdana Menteri di beri sambutan yang sedemikian rupa kalau bukan Anwar seorang yang istimewa bagi mereka.
Rakyat tentu masih ingat semasa Anwar Ibrahim “ bersantai ” di penjara Sungai Buloh selama enam tahun. Betapa layanan kepadanya tidak seperti banduan-banduan yang lain. Agaknya masih tidak serik apabila Anwar dipenjarakan diatas kesalahan rasuah salah guna kuasa dan masih mahu melakukan perkara yang sama untuk memancing ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan Rakyat seterusnya membentuk kerajaan baru. Mungkin ramai yang tidak perasan atau tidak ingat siapakah Anwar Ibrahim di sebalik pidatonya yang berapi-rapi itu, barangkali ada yang tidak terfikir sudah berapa kali Anwar berjaya dalam sandiwara propagandanya selama ini.
Kita semua pernah digemparkan dengan cerita isteri Anwar dengan lakonan gaya professional Anwar dibantu pelakon-pelakon tambahan lain yang mengapi-apikan kemarahan penyokong Anwar dengan kisah “Anwar diracun Arsenik”. Tokok tambah cerita berkaitan air kencing Anwar dengan nama samara Subramaniam yang diuji di makmal luar negara dan penyampaian penuh syahdu berkaitan kuku Anwar yang menjadi hitam, rambutnya keguguran, hilang berat badan mendadak dan paling berjaya bila disebarkan bahawa konspirasi meracun Anwar dengan racun Arsenik telah menyebabkan tempoh hayat Anwar hanya tinggal setahun sahaja.
Tindakan cepat pihak berkuasa dengan kerjasama HKL menjalankan siasatan berkenaan “Kisah Racun Arsenik” tersebut akhirnya membuktikan dakwaan Anwar itu hanya propaganda untuk menyemarakkan kemarahan rakyat yg keliru. Namun dalam tempoh ujikaji dan penyiasatan tersebut, kita telah kerugian jutaan ringgit akibat kerosakkan harta benda awam lantaran tingkah laku pengikut-pengikut Anwar. Sekarang sudah berapa tahun kisah itu berlalu? Hampir 10 tahun dan Anwar masih hidup malah bertambah gembira menyebarkan propagandanya.
Masih teringat kisah syahdu Anwar yang dikatakan patah tengkuk hingga terpaksa diampu penyokong dilehernya, apa sudah jadi dengan tengkuknya itu sekarang? Hakikatnya, Anwar pernah terjatuh ketika menunggang kuda, namun cerita mulut yang disebarkan pengikut Anwar ketika itu, tengkuk Anwar cedera angkara tumbukan padu Rahim Noor, Ketua Polis Negara ketika itu. Bagaimana dengan lakonan Box Office Anwar yang paling berjaya waktu zaman kekacauan reformasi ketika itu, ” Kisah Keretakan Tulang Belakang “, hingga dikhabarkan ke seluruh pelusuk negara Anwar sudah lumpuh, tidak mampu berdiri atau berjalan tanpa dipimpin dan bila solat perlu duduk atas kerusi ataupun bersimpuh sahaja. Disebarkan gambar Anwar yang berkerusi roda bila ke mahkamah, sekaligus berjaya menjana pulangan tinggi dalam menggerakkan simpati rakyat kepada Anwar. Ramai yang percaya walaupun matanya celik tidak buta tapi akhirnya terperdaya.
Sebaliknya, Anwar terkandas bilamana rakaman video di dalam hospital HKL yang dirakam sendiri oleh pengikut berjaya dibawa keluar dan nyata bila sebetulnya Anwar bukan sahaja tidak lumpuh, malah boleh berjalan ke sana ke mari tanpa dipimpin oleh sesiapa di sekitar wad sambil bertegur sapa dengan kakitangan HKL sebelum duduk semula di atas kerusi roda.
Tetapi walaupun aksinya berjaya digagalkan, Anwar masih lagi mampu bersandiwara dan meneruskan lakonannya malah memperhebatkan desakan supaya beliau diberi rawatan ke luar negara (Jerman). Dengan hanya ‘pembedahan di Jerman’ dalam masa beberapa jam sahaja Anwar boleh berdiri dan berjalan, hebatnya teknologi moden Jerman. Walhal, rakaman video ketika sebelum Anwar berlepas ke luar negara untuk rawatan tersebut, Anwar bukan sahaja boleh berdiri malah berjalan tanpa dipimpin sambil melambai tangan kepada penyokong yang menghantarnya di lapangan terbang.
Demikian wajah seorang yang bernama Anwar Ibrahim. Berupaya menjana sokongan dengan bermodalkan air liur dan pidato berapi-api, kisah-kisah syahdu dan sedih yang mendapat simpati ramai, diadun pula dengan lakonan dan mimik muka dan bahasa tubuh yang sesuai dengan suasana, namun akhirnya yang terpedaya adalah penyokong tegar dan rakyat umum. Yang menjadi mangsa keadaan adalah Kerajaan dan pemimpin BN, yang hilang harta benda dan rugi berjuta-juta dalam tempoh pelbagai sandiwara ketika zaman kekacauan reformasi adalah harta benda awam, tidak terkecuali beberapa kenderaan TV3 dan polis yang dirosakkan oleh amukan penyokong Anwar hasil kejayaan sandiwara Anwar dan kuncu-kuncunya.
Anwar bergantung hidup pada pidato dan sandiwara politik untuk terus berdiri dalam politik Malaysia, jika itu kekuatan Anwar, itulah juga kelemahan besar yang boleh kita pergunakan untuk mengikis keangkuhan Anwar. Dan, ketahuilah inilah masa yang sesuai untuk kita pertahan dan buktikan bahawa rakyat dan pemimpin politik Sabah khususnya dan lain-lain wakil rakyat UMNO/BN bukannya jenis lalang atau mudah hilang pendirian dalam berparti atau mudah tenggelam dalam lautan sandiwara politik murahan pembangkang.Sebagaimana kita, tatkala senang kita bersama UMNO dan BN, sewaktu susah kita tetap setia bersama UMNO / BN, maka demikian halnya rakyat dan ahli politik Sabah dan lain-lain wakil rakyat UMNO / BN mereka juga ada harga diri dan maruah kesetiaan pada UMNO dan BN. Kita perlu meyakini kesetiaan mereka, sematkan dalam hati dan tindakan kita untuk bersama mempertahankan hargai harga diri mereka. Usah terikut rentak Anwar yang memperlekehkan harga diri dan maruah pendirian ahli politik dan rakyat Sabah dalam versi-versi sandiwara politiknya itu.
*Untuk mengenali siapakah Anwar sila klik video2 ni
Video 7-Siapa godfather Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY
Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA
Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo
Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew
Sumber : http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
*Diantara pendapat rakyat yang pedas dan harus difikir-fikirkan secara positif;
by TIONGSAT
KENAPA RAMAI ORANG TERPESONA DENGAN ANUAR….
SEBAB….UMNO Telah hilang kekuatanya..pemimpin UMNO hilang KREDIBILITINYA…HILANG keyakinan ahli akar umbi…Pemimpin UMNO bercakap untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat..untuk membela rakyat..tapi yang diperjuangkan hanya untuk diri sendiri…periok nasi sendiri.
RUANG KEHAMPAAN YANG KOSONG INI telah dipergunakan oleh Anuar…Anuar berjumpa dan bercakap terus kepada rakyat dalam setiap ceramahnya…TAPI PEMIMPIN UMNO HANYA BERCAKAP ATAU BERTEMPIK KEPADA KETUA UMNO BAHAGIAN DAN KETUA CAWANGAN CAWANGAN SAHAJA YANG DI JEMPUT DALAM MAJLIS-MAJLIS HEBAT SEPERTI DI HOTEL-HOTEL SAJA…mana ada rakyat atau ahli bawahan dapat dengar. Ketua cawangan atau bahagian pula tidak menceritakan semua apa yang mereka dapat dari pemimpin.
Jadi…jangan salahkan rakyat…ruang KEHAMPAAN ITU SANGAT BESAR…sesiapa yang bijak akan menggunakan ruang ini untuk menjatuhkan lawannya…jadi.. ANUAR AKAN MENGGUNAKAN RUANG INI UNTUK MENDEKATI RAKYAT…
Hari-hari orang bercakap dan mendedahkan KEJELIKAN ANUAR..APATAH LAGI DALAM BLOG INI…tapi siapakah yang membaca blog ini..NELAYAN? PENOREH GETAH? BURUH AM? rakyat di ceruk desa..? SEBENARNYA MEREKA SEMUA TIDAK TAHU APA-APA TENTANG ANUAR…INILAH MASALAHNYA.
Sumber: mykmu.net
Difailkan dalam: 1, Berita Terkini | Tagged: anuar, berita, dunia, gempur, jihad, keadilan, malaysia, pkr, Politik, rakyat, rasuah, umno, undi















seram tgk keadaan politik sekarang…apa nak jadi…mudah2an Allah lindungkan kiter semua dari kemelut sebegini….
thanks bro..semoga Allah beri ganjaran setimpalnya di atas usaha kita. Kita satu perjuangan bro!
AnwarDotCom
Sudara penulis. Saya begitu kagum dengan penulisan yang secara terang – terangan menyokong BARISAN NASIONAL. Tetapi adalah lebih baik saudara pengarang bermuhasabah diri terlebih dahulu sebelum terus menerus menyebarkan khabar fitnah dan dakyah keji konspirasi politik pemimpin UMNO. Persoalan nya..?? Adakah saudara pasti dengan maklumat yg saudara dapat itu?
Kita seharusnya membuka mata melihat apa yg pemimpin kita lakukan pada ketika ini. Adakah Barisan UMNO sekarang ini merupakan org yg paling layak memimpin negara Malaysia? Itu persoalan nya. Tidak perlulah bersekongkol dengan penjenayah yg sering menabur fitnah. Tak perlulah mengejar Wang Ringgit dan nama sehingga sanggup mengadai maruah agama dan harga diri. Kita sebagai anak merdeka harus bebas dari segala dakyah keji UMNO kerana jika kita menggunakan akal dan fikiran…dakyah yang diwujudkan oleh UMNO dan keroni2 nya amat keji dan hina. Tuduhan yang dibuat seolah2 Dato Seri Anuar sudah bersalah sedangkan tuduhan yang lalu semuanya palsu dan digugurkan. Tetapi UMNO tetap keji…mereka mahu Dato’ Seri Anuar dipenjara…maka bukti palsu diwujudkan atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Itu lah UMNO yg KEJI dan Hina sekali. Mungkin saudara rasa dengan sifat keji inilah merupakan syarat LAYAK yg saudara kata kan pemimpin. Saudara perlu sedar, perjuangan UMNO bukan lagi perjuangan rakyat…, tapi merupakan perjuangan kepentingan peribadi. Jika kita rela ditipu oleh penjenayah seperti ini…, Orang Melayu akan berterusan ditindas dan diperbodohkan. Saudara harus membuka mata untuk melihat dan berfikir, bukan nya mendengar kata2 sipenipu dengan maklumat yg palsu terutamanya dari media kerajaan UMNO. Saya tidak percaya Dato Seri Anuar adalah seorg penjenayah dan saya percaya dengan perjuangan nya. Bekas Perdana Menteri yg kita sayangi pun mengaku bahawa Anuar dizalimi. (dlm youtube) Tetapi jika saudara memang berniat untuk mendapat nama dan perhatian UMNO terutamanya mengejar projek jutaan ringgit…teruskan lah. Saya percaya..UMNO akan kecundang untuk penggal seterusnya kerana perjuangan UMNO bukan perjuangan hidup mati rakyat. Dan ketika itu saya percaya ramai golongan yg mengejar nama dan wang ringgit akan berpaling tadah menghina UMNO menyanjung pemimpin yg baru. Sebab saya amat memahami prinsip KAKI BODEKKKKK….!!!!