Berderau darah bila aku mendengar berita kematian seseorang yang sangat aku kagumi, Michael Jackson. Aku sangkakan pada mulanya hanya khabar angin rupa-rupanya benar setelah aku mendengar berita tv dan membaca akhbar. Sedih dan pilu aku rasa. Beliau adalah seorang insan bergelar bintang terunggul yang pernah wujud dimuka bumi ini. Tiada pengganti dan tiada sehebatnya sampai bila-bila. Itulah anugerah hebat yang Allah kurniakan kepadanya.

Aku membesar dan hidup pada zaman kegemilangannya penuh dengan anugerah yang dirangkul pada 80-an. Kelincahan dan keunikan tariannya sangat-sangat memukau sesiapa sahaja yang melihat dan tidak hairanlah jika atuk dan nenek kita juga mengenainya. Siapa sahaja kenal dan tahu siapa Michael Jackson.
Michael dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Dia merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang.
Lima anak Jackson – Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael – membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun.
Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular – The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.
Michael membuat album sulungnya pada 1979, dan album Thriller pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10.Michael kaya raya apabila album Thriller terjual 109 juta keping dan membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian.
Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat.
Michael Jackson merupakan penerima 13 kali Anugerah Grammy dan merupakan artis pertama yang menggunakan wajahnya pada stamp.
Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.
Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.
Beliau dilaporkan memilih “Mikaeel” – sempena nama malaikat pembawa rezeki – sebagai nama Islamnya.
Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.
Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga di pentas – dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk.
*Semoga rohnya dirahmati Allah..amin..
Difailkan dalam: 1, Berita Terkini | Tagged: Agama, allah, dunia, kehidupan, king of pop, Michael Jackson










Khilangan sebutir bintang yg tiada harganya! Bl0g yg sngt saya kagumi tentang mj..