8.00 am – uuwaaa…baru bagun tito…anak yg kejutkan heheh..biase le bape tunggal..anak yg kejutkan. Arini kena siap2 nak amik gambar kt bandar Kluang,Johor. umah sebelah lelaki kawan pompuan aku. minggu lepas kat umah dia kat Taman Sri Lalang, kluang gak. dah kawin dia dah. kwn pompuan aku tu mmg cantik tp bile disolek sepupu dia yg wat andaman gak, btambah2 le cantik nye…mmg best ar aku shot aritu…mood pun baik..gambar pun cantik. Harap2 kat umah lelaki ni nanti cantik gak. dia nanti sanding kul 2. biase aku dtg 1 jam awal tapi klu ada karaoke…3 jam awal aku dtg pun tak pe..hehehe…biasele nak ‘mensumbangkan’ lagu heheheh….biase gambar2 aku preview kan kat diorang kt http://studions.fotopages.com
9.00 am, 14 April 08-Banyak perkara yang bermain2 dalam kotak fikiran aku ni. Entah le ape yang aku pikirkan kadang2 terkenangkan kisah lama aku bercinta, berkeluarga, kehidupan dulu dan sekarang. Adakah banyak perubahan yang ketara kepada diri aku sendiri dan keluarga? mungkin ye, mungkin tidak. Banyak lagi yang masih belum tertunai aku laksanakan. Matlamat dalam hidup hanya 1, berjaya dalam semua perkara yang aku lakukan. Tak pedulikan ape orang kata, apa orang sindirkan janji aku yakin aku buat ni betul yang boleh membawa manfaat untuk masa depan aku dan anak aku walau dia tak ada ibu. Kegagalan dalam perkahwinan tak bermakna aku tewas segala-galanya. Memang aku hampir gila dengan perkara ni tapi nasib menyebelahi aku kerana keluarga angkat banyak bagi aku semangat dan dorongan supaya pandang ke depan. Jangan dikenang2 masa yang lepas, yang memahitkan. Kini aku sedar setiap yang terjadi ada khidmahnya diantaranya aku jadi seorang lelaki yang lebih kuat dan tak bergantung dengan sesiapa dalam meneruskan hidup. Rezeki melimpah ruah tuk aku dan anak aku. Aku puas dengan kehidupan sekarang kerana lebih bermakna. Alhamdulillah…..
11.50 am, 15 April 08-Hari ni merupakan hari yang aku rasa senang dan tak ada ape2 yang memeningkan otak aku nie…rasa fresh walau lambat mandi hehehe…sejak2 ada laptop & usb modem ni aku jarang2 dah kuo umah…sekurang kurangnya jimat gak myk kereta yg sekarang ni harga melambung naik. Sesiapa pun tak tahan denga kenaikan harga petrol ni. Jadi aku wat keputusan nak biznes melalui online je. Berganda2 jimatnya…Duit kat dompet pun tak luak sangat. Biasa aku kuo cari client. Kehulu kehilir….payah tuuu…tp dengan internet ni aku bleh bykkan masa dengan anak aku & mak aku. Diorang lagi le suke trutama anak aku. Ari2 nak manja2…maklum le anak bujang sorang..hehhe..gmbr anak aku aku letak kat Blog ni supaya kawan2 aku yang blum kawin tu…kawin cepat2…bleh dapat anak comel mcm anak aku nie..hehehe..
2.00 pm, 17 April 08- Sekarang aku makin buzy. Tak macam biasa. Banyak perkara yang perlu dicari dan diselesaikan. Macam kat internet ni…mcm2 maklumat aku dapat yg kadang2 kita sendiri tak terpikir. Sekarang baru aku tahu mane nak dapat sumber2 yang aku nak dalam hidup ni. Sebelum ni tercari2 entah sampai kemana. Semalam aku g karaoke. Perr…dah lama tak karaoke suara tak kuo plk (bile tang korus je) sakit tekak aku. Biasa mantain je…betul kate org klu nak bakat atau kebolehan yang kita ada tu berkembang, perlu diasah setiap ari klu tak tumpul…mcm parang mak aku time nak kopek kulit buah kelape…hehehehe…
7.00 am, 18 April 08- Tersedar dari tidur terus teringatkan arwah ayah aku. Tau tak sebab ape…aku mimpi seolah-olah aku kembali kezaman kecik-kecik dulu. Aku kena marah dengan ayah aku. Pastu kaki kena jentik dengan getah. Peh…boleh termimpi pasal tu pulak. Tapi aku tak penah rasa benci atau dendam dengan arwah ayah aku sebab masa kecik dulu pun aku ni kira nakal sikit (sikit je tau…). Aku sayangkan kedua orang tua aku. Masa arwah ayah aku sakit pun aku yang banyak tolong (memang aku je yang boleh diharap…). Bukan nak ungkit tapi tulah pengajaran yang aku dapat kerana sejak-sejak arwah ayah aku meninggal, rezeki tak putus-putus…alhamdulillah. Dulu nak cari kerja atau rezeki memang susah sikit aku ni. Sampai mintak tolong dengan diorang (pasal duit le). Kalau boleh tak nak tapi terpaksa. Diorang pun ari2 bising. Nak wat macam mana. Aku diam je le. Aku pun ada simpang hasrat supaya 1 ari nanti aku akan jaga diorang walau ape sekali pun. Sekarang tinggal mak aku je. So tu dah memang tanggungjawab aku. Adik bradik yang lain dah kawin. Dah ada keluarga sendiri. Memang aku nak jaga. Bukan didesak oleh mana-mana orang pun. Betul kata orang, bila berjasa pada ibu bapa, kita akan senang pada masa depan. Aku dah dapat rahmat tu…alhamdulillah. Al-fatihah untuk arwah ayah aku…
12.oo pm, 19 April 08-Mlm td aku cukup marah & tention dgn perangai kawan aku. Bukan ape, kate nak jumpa kul 9 mlm, aku tggu mcm batu dah. Dekat 1 jam lebih aku tggu. Tak ada pun msg atau call cakap lambat sikit ke…ape ke…Time aku balik umah baru sibuk2 tanya aku kat mane. Aku cukup panas kalu janji x ditepati. Munafik namanye tu. Diorang ni tak ada didikan agama ke. Dah 2 kali diorg wat aku mcm ni. Aku paling benci klu janji dr org2 mcm ni. Klu aku lambat…amboi2 bukan main perli aku lagi…tapi time diorang tak tepati janji aku sikit pun tak ungkit atau ape sebab aku nak jaga hati kawan punye pasal. Tapi tengok ape diorang dah buat kat aku…sikit pun tak pandai hati aku. sekarang memang aku dendam dengan diorang. Bukan dendam ape…lain kali klu diorang nak jumpa, aku ckp ok je. Bile dah sampai masa, dorang mesti tny dah sampai ke blum…aku akan ckp dah sampai atau on da way…baru padan muka diorang. Biar diorang rasa. Nak marah, marah le sebab aku ni kira ada kepentingan gak dari segi income diorang tu. Klu aku tak ada sedikit sebanyak menganggu gak…tu la nape tak nak jaga ati aku. Aku tak akan kuo dengan diorang lagi. Biar ilang kawan, jangan ilang kuage.
6.00 am, 21 April 08-Sabtu dan Ahad semalam aku pergi ke kampung dan sibuk melayan anak sedare, sepupu, pkcik, mkcik, dan anak aku sendiri sampai tak sempat nak ber’diary kat weblog aku ni. Macam2 cerite yang kiteorg kongsikan. Seronok pulak klu sesekali jumpa. Ahad petang semalam g tgk wayang dengan sepupu. Dlm sejarah tgk 2 cerita dalam 1 ari. Pukul 12 tghari tgk cerita ‘KL Drif’ pastu kul 4.15 ptg aku tgk plk cerita ‘Congkak’. Memang best dan puas ati tapi paling puas tgk ‘KL Drif’. Memg power cerita tu. Tabik spring kat anak Yusof Haslam tu. Penuh dgn aksi Real dan mmg nampk Life. Per….ni minat aku kat sukan driff ni makin membuak2…mmg aku b’cita2 nak join sukan ni. I’m very crezy about it. Filem ‘Congkak’ pun tak kurang hebtnya. Elemen suspen dan seram mmg cukup feel dan byk kali aku t’kejut dibuatnya..per…hampeh..hehehe..malu aku dgn awekz2 kt sblh2 tu…ceh…diorg ketawe tgk aku t’pekek…
2.00 pm, 22 April 08-Semalam petang mak aku bg tahu, anak lelaki aku yg baru 2 tahun lebih, jalan sorg2 g ke taman mainan…per…pastu dia boleh g kedai india kat taman aku ni. Bukan dekat. Boleh tahan jauh gak. Nasib baik ada jiran yang kenal bwk balik anak aku tu. Ceritenye mcm ni…dia nak main kat blkg umah, so mak aku jaga smbil msk…bile dah hayal masak mak aku tgk kat luar dia dah tak ada. Ingat mak aku dia g umah adik kat sebelah umah, rupe2nye dah terlepas kesane plk. Aku tak salahkan mak aku…budak ni mmg nakal, tgh aktif sangat. Klu bwk dia jln2 tak boleh jaga sorg,kena bawak 3 org baru tak penat sangat. Agak2 nak cepat kurus boleh le jage anak aku nie…heheheh…
2.00 pm, 27 April 08-Dah berkali2 aku nak update diary aku ni tp line internet aku nie hampeh tul…asik x stabil je…kejap ada,kejap x ada…mcm biskut plk. Dah berape ari terlepas cerita aku nie. Sampai dah lupe2 dah ni. Arini kira nasib boleh. Arini kawan aku, yg kira x rapat sgt. kira kenalan je…tiba2 arini ajak aku gi bandar. aku tny kenapa dia tak jawab msg aku. ni yg aku konpius. bila dh sampai bandar,dia bwk aku 1 opis. laaa….rupe2nye dia nak ajak aku masuk jualan langsung. per…hampeh tul…bawak aku x cakap. pastu nak peningkan aku dgn benda ni. sape nak masuk bile dia wat mcm ni. benda yg x jangka, pi mampus aku nak join. klu betul2 dia nak bg aku biznes ke ape…dia mesti bagi tahu dulu. cerita sikit dulu. baru boleh aku masuk kepala…dia ingat bila 1 ari aku masuk klas ceramah diorg, aku trus nak masuk…salah tu…tulah diantara salah 1 cara yg salah untuk cari downline. pikat hati dulu, baru ajak…pada semua berhati2 bila kawan anda ajak kuo tapi x nak bagi tau program ape. Klu dia tipu, korg sekel kepala diorg…hahahahaha
8.43 pm, 29 April 08-Hari ni aku tgh pikir2 untuk majukan bisnes foto aku ni.Semalam mak angkat aku kt parit raja,batu pahat offer aku,dia ajak aku wat office kat kedai dia. Kira aku tggl ‘basuh kaki’ je. Bilik dah ada, kipas dah ada…tggl masukkan barang je. Aku rasa ok sbb potensi kat sana besar gak. memang job aku banyak kat Batu Pahat dan Parit Raja. Diorg memang advance skrg. Parit raja pun makin maju dengan mcm2 p’bgunan. Dah ada universiti, kolej pun ada. Akan datang akan jadi bandar. So, ok la kut. Sebelum ni ada gak member yg ajar aku wat opis kt tempat dia tp kawasan tu x brape potensi. Tersa aku ni jadi bahan rebutan le plok….hehehehehe…
1.30 pm, 7 May 08-Akhirnya aku terpaksa wat keputusan x dpt nak stay kedai mak angkat aku tu yg kt Prit Raja, Batu Pahat,Johor. Bukan x nak tp aku ada tanggungan, anak & mak aku. Kesian kat diorg. Dah tak ada sape2 nak diharapkan melainkan aku sorg je. Akak & adik pompuan dh kawin. Klu ada apa2 hal kat umah nanti susah pulak. Jarak diantara kedai tu dgn umah aku lebih kurang dalam 45 min perjalanan. Boleh tahan jauh gak tu. Harap2 mak angkat aku paham dengan kedudukan aku skrg ni walaupun aku ‘Bujang Kembali’ hehehehe…..
1.30 pm, 13 May 08-Bulan 5 ni mula buat aku sibuk dengan kerja2 fotografi dan buat custom album. Mmg bln ni ngadap komputr je,wat design tuk customr aku. Sejak2 aku promote diri (hehe..tgk market gak..)ramai customr yakin kt aku walau jauh mane diorg. Nak ikutkan memg sush nak yakin kan org bila jauh2 ni apetah lagi tak penah jumpa. Jadi stategi aku,promote diri…kenalkan diri aku kepada org ramai walau ramai yg meluat tgk muke aku yg huduh ni..huhuhu..(kena wat facial slalu le ni…)Kepada yg sokong ok lah..yg x sokong jgn wat dengki atau ape.klu x suke jgn follow p’kembangan aku, jgn tgk aku atau web/blog aku ni…aku cari makan yg halal tuk sara anak dan mak aku…ayah dah x ada..jd mereka tanggungan aku. Tanggungjawab yg tak akan aku abaikan kerana aku perlukan doa yg b’terusan dr seorg ibu.Klu tak ada doa dari dia aku tak sampai tahap sekarang ni. Mereka amat2 penting bagi aku selain rakan2 dn kenalan2 yg menyokong dan mengalakkan p’juangan aku ni…
1.30 pm, 15 May 08-Arini aku siapkan keje2 editing foto tuk custmr aku. Wat sikit2 lama2 siap le…paling lewat kena siapkan dlm 2 mggu je. Aku rasa mata aku ni dh mcm nak rabun plk…ape taknya ari2 ngadap komptr je…naik juling pun ada..heheh..isk mtk2 jgn le…abis kehenseman aku yg lg menawan ni..hehe..puji diri sdiri plk…x pe janji aku happy today..Aku tgk wbsite fotopages aku,wow…byk yg lawat…maklum le ada gmbr baru aku upload..alhamdullah..ada gak peminat walau ada yg rasa iri hati & dengki dgn pencapaian aku ni..tak pe..janji aku x kacau org sudah..tp klu dh melampau sgt,x ada pilihan lain le aku kena jumpa lawyer aku le nampaknya…biasa le bisnes…x ada lawyer tak sah..kena jaga sbb bisnes aku ni jangka panjang…terima kasih kpd yg menyokong aku selama ni..tq..tq…
5.00 pm, 16 Jun 08-Arini2 aku betul2 free nak update blog aku nie…maaf le kwn2 semua sbb tggu tlalu lama aku punye update. Sekarang semua brg naik (jgn hrg nak masuk tandas pun naik udh lee…) semua org rasa susahnya termasuk aku. Tp aku kurg sikit rasa beban ni (cuma belanja dapur je terasa sgt) sampai aku x kuo umah. Duk dpn kmptr je. Wat biznes kt internet je. Klu nak kuo pun pasal hal penting2 je. Pasal lain aku x layan…hehe..nak b’jimat katakan…g KL aritu pun aku share keta dgn kwn2. Kurg ar sikit belanja tu..abis RM100 je,biasa RM300…huhu..pg td g pejbt pos nak amik duit subsidi yg krajaan bagi tu. Bratur panjang tp x truk sgt ar mcm ari p’tama tu. Tp yg sakit ati time dh nak sampai turn aku nak amik duit, penjaga kaunter tu kata ‘DUIT DAH ABIS’…kena dtg esok…per….dkt 1 jam aku tggu…last2 kena dtg sok gak..aarrrrhhh…buang masa tul..keje bayk plk nak kena uruskan. Alangkah bagusnya klu masa yg terbazir td tu aku guna tuk siapkan keje…hmmm…sabo je…pastu aku g maybank plk nak mintak bank statment bank, adalah pasal nak wat loan..pekerja bank tu dh lah tgk aku ni semacam. Sombong plk tu. Biase ar pompuan klu dia rasa diri dia cantik sgt mcm tu le..rasa nak pijak pun ada muka dia tu…dh lama aku tggu kat kaunter siap isi borg dh..last2 dia kata diorg x bleh kuokan statment tu..kena g ke cawangan tmpat aku buka akaun tu…cehh!! nape x ckp awl2..x lah aku jenuh tggu. Dah tu buang masa je…dia bg blik borang tu…dgn muka aku yg merah padam (tahan marah)…aku trus renyukkan kertas tu dpn org ramai kat dpn kaunter tu…tention aku di watnya…diorg ingat ape…aku sengkek sgt x ada duit…cehh!!…aku trus kuo masa tu dgn muka selamba…jadi kesimpulannya hari ini ada hari MALANG!! pd aku…
10.21 pm, 26 Jun 08-Aku bangun pagi je dah ngadap komputer & trus online. Update blog dan nak siapkan ape yang blum siap. Nak tetapkan matlamat biznes pun ada gak. Kadang2 aku jadi mcm pakar motivasi pun ada. Kadang2 pandangan aku ada yg terima dan tak kurang juga yang tak nak terima. Lantak le…masing2 ada pendirian jadi aku hormati janji tak susahkan aku sudah…tak semua orang boleh terima nasihat,pandangan dan mcm2 lagi kerana rasa diri mereka lebih betul dan rasa tak layak tuk terima nasihat. Sebenarnya, dunia sebenar adalah sekolah dan kita sentiasa mengetahui dan mempelajari sesuatu dan yang sesuatu itu lah kita olah mengikut kesesuaian diri kita sendiri. Sesuatu yang tak baik klu diolah dengan baik akan menjadi sesuatu yang amat2 berharga dalam kehidupan seharian kita. Apa yang yang aku cakap dan tulis nie sebenarnya mengingatkan tuk aku gak. kata orang klu kita tulis menjadi sesuatu yang boleh di pegang dan dilihat akan menambahkan lagi pemahaman dan mudah selalu diingati di minda separuh sedar. mcm tulah kaedahnya…..
08.17 pm, 12 July 08-Puas ati…tu yg mampu aku katakan bila setiap gmbr yg aku shoot menghasilkan kualiti yg baik dan lebih baik dari yg biasa. Masa 5 & 6 Julai lalu aku shoot gmbr pgntin kt Melaka. Aku pergi dgn sepupu aku sebagai teman tp ada le bg duit sikit. Alhmdullh…aku diberi layanan baik dan dengan itu jugalah setiap gambar yang aku shoot semuanya menjadi dan lebih baik dari yg sebelum ni. Masa tu juga aku pakai baju syarikat aku dan ramai yg kenal dan ada juga yg baru kenal. So secara tak langsung memberikan respon dan tanggapan yang baik kepada hasil kerja aku sebagai jurufoto perkahwinan ni. Jadi aku x dipandang rendah. BUkan aku nakkan sanjungan tapi sedikit penghormatan je dah cukup. Jadi bila aku hormat org lain,jadi kena paham le, hormat aku gak..betul tak…sebelum ni ada yg pandang rendah dan memperlekehkan keje aku ni. Diorg tak faham tapi buat2 faham pasal keje aku ni. Pastu wat andaian yg tak betul…geram betul tp aku diam je..senyum..sabar amat penting sebagai jurufoto nie..klu tak sabo jangan mimpi nak jd jurufoto pro.
01.40 pm, 8 Sept. 08-Dah lama aku bizy skrg baru senang ati aku sbb semua kerja editing foto dh selesai. Tempahan bulan lepas adalah tempahan foto yang paling banyak setakat ni. Aku dpt 12 tempahan dan aku ucapkan terima kasih kepada kru2 yang memberikan komitment yang terbaik pada tugasan yang diberikan. Alhamdullah….kepercayaan pelanggan kepada kemampuan aku, aku berikan yang terbaik kepada mereka. itulah balasan yg mampu aku berikan. Pelbagai cabaran dpt aku hadapinya dengan tenang dan tawakal. Sempena bulan yg mulia ni gak aku panjatkan kesyukuran di atas rezeki yang di kurniakan kepada aku dan untuk anak aku juga. Tadi kawan aku dtg umah, dia nk buat biznes dgn aku. Besar gak projek yg dia nak buat ni tp ia berkaitan dgn printing. so aku pun berminat nak buat bersama. Komitment dia bg pun ok, so x ada masalah le…harap2 menjadi kenyataan dan terus membuahkan hasil hingga berjaya…amin.
09.15 pm, 16 Sept. 08-Alhmdllah…semua kerja aku dh siap. Last semalam anta album customer yg terakhir tuk job bln lepas. Lega…ringan sikit kepala aku ni. Boleh fokus wat persediaan raya plk. Raya pun dah nak dekat. Kena beli cat, nak cat umah…beli kerepek,kuih, ada yg kirim gak. Tapi aku tetap ngadap komputer klu ada masa yang terluang. Anak aku pun dah mula sibuk2 kacau nenek dia kemas umah. Biasalah budak2. Kadang2 aku tgk gelagat dia memang nak gelak pun ada. Ada je yang nak buatnya. Nenek dia apa lg,terjerit2 dgn kenakalan dia tu. Sambil wat keje aku dgr lagu raya dr laptop aku. Lagi le syok. Suasana memang terasa. Siap joget2 anak aku tu. Ada 1 lagi ni yang baru aku dapat, Mentera Beradu dr Malique ft M.Nasir. Memang best lagu ni. Selain garapan muzik dan melodinya, aku kagum dengan bait-bait liriknya. Cukup membuka mata kerana lagu ni kritik secara halus dan ianya bersifat dakwah. Bagus sangat. Hebat, tu yg dapat aku katakan pasal lagu tu. Skrg dh masuk 48 kali aku dengar…hehehe…














tara mau komen…ok ajer
no… komen..hehe..story yang menyentuh hati and bleh wat pengajaran pada diri gua…
assalamua’laikum….leka sue baca cerita awak… n dapat wat hati sue tersentuh…