Kenali

ASAL

Saya berasal dari sebuah keluarga yang biasa & sederhana. Arwah ayah bekerja sebagai buruh ladang dan dibantu oleh ibu saya untuk membesarkan 3 orang anak termasuk saya anak yang kedua. Tiada harapan besar dari kedua ibu bapa saya dalam pelajaran cuma lulus dalam peperiksaan sudah cukup memadai bagi mereka. Apalah yang ada pada anak yang bernama Nazri ini. kanak-kanak biasa yang sentiasa dipandang rendah kerana selalu kena denda di sekolah sebab lembab dalam pelajaran. Tak pandai berkawan & tak ramai kawan yang nak sama-sama berkawan. Tidak mengapa kerana itu sudah menjadi lumrah manusia yang lemah dipandang rendah, yang kuat dipandang tinggi. Masa terus berlalu sehingga aku mencapai kelulusan SPM yang amat membanggakan diri aku sendiri, Pangkat 2 (1996) tanpa gagal dalam mana-mana mata pelajaran. Tak ada pun sambutan atau hadiah dari keluarga tapi pada aku sudah cukup senyuman yang mereka berikan pada aku. Janji mereka tahu aku berusaha selama ini. Ulang alik berjalan kaki 3 kilo dari rumah kesekolah setiap hari. Berbaloi juga rasanya. Tidak setakat itu, 4 tahun berikutnya aku sambung pendidikan diperingkat diploma dalam jurusan Senireka Garfik & Multimedia di kolej biasa je…maklum le tak mampu sangat. Dengan ilmu itulah aku gunakan dalam perniagaan aku sekarang dalam perkhidmatan fotografi perkahwinan. Aku jalankan perniagaan ini berseorangan sahaja. Tidak ada share atau kongsi dengan siapa-siapa sebab sebelum ni aku dah rasa jatuh bangun perniagaan ini. Sekarang aku berjaya bina perniagaan aku berdiri teguh bersama-sama dengan mereka yang telah berjaya. Terima Kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini…lov u all

Nazri Salleh

KISAH RUMAHTANGGA

Episod 1: Memang menjadi lumrah manusia perlukan pasangan diantara lelaki dan perempuan. Perlukan keluarga dan kebahagiaan bersama. Tetapi apa yang diharapkan tak menjadi seperti yang dirancang. Cerita bermula dari sini….Aku kenali Shima semasa aku jadi jurufoto kawan dia di bandar Kluang, Johor. Kawan aku lelaki berniaga andaman jadi dia panggil aku untuk ambil gambar majlis tu. Jadi aku pergi le. Aku nie kira peramah gak le. Aku ni beza sikit sebab aku lebih selesa bergaul dengan kaum hawa ni. Disebabkan kelebihan tu aku mudah mesra dgn sesiapa je janji 1 kepala…hehehe…dari situ aku dikenalkan oleh pengantin pompuan tu pada Shima ni. Tengok dari luaran dan rupa paras memang cantik dan menawan. Orgnya hitam manis. Kecil molek. sesiapa yg pandang pasti terpikat. Aku pun cube2 le dekati dia. So ada respon positif. Jadi hati dah terpaut, sidia pun dah sahut. Tapi masih lagi malu2 kucing. Bedebar je rasa ati aku ni. Maklum le aku tengak mencari. Dia pun tengah mencari gak…yg menariknya lepas selesai majlis tu dan selesai pengantin tu posing2 atas pelamin…si pengantin pompuan tu pulak boleh offer aku dgn Shima posing atas pelamin pakai baju penganti…hehehe…kira mcm pra-perkahwinan le ni..hehehe…tak penah dibuat orang..aku dgn dia pun ok je. Jd ape lagi posing lah aku dengan dia atas pelamin. Rasa mcm dah nak kawin sgt dah..hehehe..seronok masa tu. Biasa le bujang mane tak seronok posing dgn awekz…huhuu..

bersambung…….

Episod 2: selepas pertemuan tu aku tak dapat nombor contac si dia sebab dia kata handphone dia baru hilang. Aku cuma bagi nombor telefon aku je. Kalau dia telefon aku nanti, kira ada respon le tu..hehe..tapi aku tak terlalu mengharap takut kecewa yang teramat sangat. Maklum le cinta ni bermain dengan perasaan. Kadang-kadang pasal cinta pun orang sanggup bunuh diri kalau terlalu kecewa. Selang beberapa hari aku dapat panggilan dari seorang perempuan. Tak pasti pulak sape yang call ni. Bile dia tanya pasal gambar je….haa…aku dah detect dah…mesti si dia tu yang telefon aku…bila ditanya betul ke tak, dia mengaku, betul. Dengan panggilan telefon yang pertama tulah perhubungan aku mula berputih. Satu perjumpaan telah dijanjikan sebab nak bagi gambar yang dia nak tu (kira gambar tu jadi mcm sebab le nak buat aku dengan dia dapat berjumpa..hehehe…pandai gak aku nie…hehehe). Hari yang berikutnya aku mula berjumpa dengan si dia di kedai andaman kawan aku. Dia datang sorang je tapi nak motor RXZ tuuu….waa…dahsat minah ni…masa kat majis kawan dia aritu pakai baju kurung. Nampak sopan je…tp arini dia mengejutkan aku dengan penampilan yang betul-betul berbeza. T-shart fit dan seluar boot cut jeans. Per…tapi aku diam je. Cuma semua perasaan tadi tu aku tak luahkan sebab aku tak nak dia berkecil hati bile aku tegur nanti. Aku pendam je. Tangan dihulur aku sambut penuh mesra (salam). Dari situ aku mule berkenalan dengan lebih dalam lagi pasal diri dan keluarga dia. Tak ada apa-apa yang mencurigakan dengan setiap penjelasan yang diberikan tu. Aku pun mula care pasal diri dia. Sikit-sikit aku dah mula terima dia dalam hati aku ni. Hari berikutnya aku berjumpa lagi dengan dia (biase le tengah kemaruk bercinte, teruna & dara…hehehe) dia pun dah mula sudi naik kereta aku. Aku ronda 1 bandar. Dalam ronda-ronda tu aku rasa macam ada sesuatu dia nak cakap dengan aku. Macam perkara tu berat sangat nak diceritakan. Bila perasaan tu bermain-main dalam kotak fikiran aku ni, dia mula membuka bicara tentang 1 perkara yang penting dan aku sangat-sangat nantikan isi kandungan perkara tu. Aku menanti dengan sabar. Degup jantung aku ni dah mcm baru lepas lari 400 meter (tapi acara lari berganti-ganti le J) kencang tak henti-henti. Aku tenangkan diri. Aku kosongkan fikiran aku sementara dari persoalan yang tak terjawab lagi tu. Setiap kata-kata dia aku amati dengan teliti. Tiba-tiba degupan jantung aku ni terasa macam terhenti sekejap bila dia kata dia dah……..

bersambung….

Episod 3:……..sebenarnya dia dah ada anak luar nikah hasil dari perhubungan dengan bekas kekasih lama dia. Masyaallah…aku bingung sekejap. Betul ke apa yang aku dengar ni? Macam-macam persoalan bermain difikiran aku. Apa, bagaimana, kenapa, siapa, dimana, dan lain-lain lagi persoalan demi persoalan timbul. Menurut dia, anak tersebut baru berumur 3 tahun dan dijaga bersama-sama dengan ibu kandung dia. Ibu kandung dia seorang ibu tunggal dan sudah lama bercerai. Hanya dia dan abg kandung dia yang menjadi tempat ibu dia bergantung hidup. Hubungan diantara dia dengan abg kandungnya adalah adik beradik seibu tetapi berlainan bapa. Anak yang tidak sah taraf yg dilahirkan tersebut diberi nama Putri (nama sebenar dirahsiakan). Tapi kemana hilangnya lelaki yang tak bertanggungjawab tu? Dia berkata lelaki tersebut sejak mengetahui dia mengandung sudah tidak menghubungi dia lagi. Terus menghilang tanpa kesan. Kenapa masih ada lelaki dayus sanggup buat begitu? Tak takut ke dengan pembalasan di akhirat kelak dengan memikul beban dosa yang terlalu besar ni. Sanggup ke nak mengadap Allah 1 hari nanti. Aku berkonfik dalam diri dengan pelbagai persoalan. Kata si dia, kalau aku tak sanggup terima dia dalam keadaan begini, dia rela berpisah. Biar kecewa sekarang, jangan menyesal dikemudian hari, kata dia. Fikiran aku masih melayang-layang. Pandangan aku jadi tak tentu arah. Memang perkara bergini amat rumit untuk difikirkan. Aku cuba berfikiran positif bile menghadapi perkara macam ni. Bile aku fikir-fikirkan balik, dia ni memang jujur dan berterus terang tentang perkara mcm ni. Walau berat aku dengar tapi berat lagi bahu dia yang memikul. Aku cuba cari ketenangan. Demi menilai apa yang perlu aku pertimbangkan perkara ni dengan baik. Perlu ke aku terima cinta dia dalam dia yang sudah berkeadaan begini? Sanggupkah aku bertanggungjawab kepada dia, anak dia & ibu dia? Masih tak terjawab persoalan tu. Aku perlu mencari keputusan yang tepat demi kebaikan aku dan dia. Memang aku ada rasa sayang dan kasih pada dia. Tapi…ah…pening….

bersambung…

Episod 4: Dalam mencari penyelesaian, aku berjumpa dgn keluarga angkat aku kerana mereka berpelajaran tinggi dan kadang-kadang buah fikiran mereka memang berguna. Jadi aku meluahkan segala kekusutan yang timbul dalam diri aku ni. Mereka agak terperanjat dengan ape yg aku ceritakan ini dan sekiranya aku terima si dia, akan akan menanggung tanggungjwab besar. Bukan sahaja pada si dia malah pada anak dan ibunya. Mereka tak menghalang atau menggalak tetapi memberikan beberapa nasihat berguna untuk aku pertimbangkan. Aku juga berbincang dengan rakan karib aku. Seperti keluarga angkat aku juga tadi, mereka tidak menghalang atau mengalakkan tapi memberikan nasihat. Kadang-kadang sukar untuk aku membuat keputusan sebab ia melibatkan masa depan aku. Keputusan ditangan aku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menerima dia dengan harapan segala kesilapan yang lalu telah dikesali dan semoga aku dapat membina semula maruah dia dan keluarganya di mata masyarakat disekeliling. Bukan nak jadi hero atau ape Cuma aku memberikan dia harapan untuk membina keluarga yang baik dan berakhlak mulia. Itu sahaja. Aku telah sedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh segala dugaan yang mendatang. Diharap doa dari keluarga memberikan aku ketenangan menghadapi dunia rumahtangga aku nanti. Kini aku bersiap sedia dengan memenuhi syarat untuk berkahwin di pejabat agama. Segala borang dan kursus aku sertai. Dia juga bergitu. Tetapi ada lagi masalah…….

bersambung……..

Episod 5:aku ingat dah settle semua rupa2nya ada lagi masalah. Si dia masih ada ayah kandung yang masih hidup. Memandangkan mak dan ayah dia telah berpisah jadi agak susah nak jumpa kerana ayahnya berada di negeri lain. Jadi nak tak nak terpaksa jumpa. Bukan tak tahu ayahnya tinggal Cuma jauh je. Lainlah kalau tak dapat dikesan. Bolah guna wali hakim. Aku dan dia akan menentukan hari yang paling sesuai berjumpa dengan ayah kandungnya memandangkan masing2 bekerja. Segala surat2 dari pejabat agama disediakan dan aku pastikan juga tidak ada apa2 yang tertinggal. Perkara ni tak dapat dilengah-lengahkan kerana tarikh perkahwinan telah pun ditetapkan dan semua saudara mara dah tahu. Beberapa hari yang berikutnya, aku dan dia telah meluangkan masa cuti untuk pergi berjumpa dengan bapa kandungnya. Jarak perjalanan dari tempat aku ke rumah bapa kandungnya lebih kurang 280 km. Kira boleh kematu juga punggung aku dibuatnya. Kami tak merancang untuk bermalam kerana cuti hujung minggu kami hanya 1 hari sahaja. Jadi tak sempat nak bermalam di rumah bapa kandungnya. Yang penting segala urusan dapat dijalankan dengan sempurna. Biar perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah. Dalam perjalanan alhamdulillah tak ada apa2 yang menghalang Cuma bila dah nak sampai di rumah bapa kandungnya jalan raya sedang dalam proses menaik taraf. Habis jalan sepanjang 3 kilometer berdebu dan jalan berbatu kelikir. Aku teruskan perjalanan. Bila sudah sampai di rumah bapa kandungnya, mereka menyambut kami dengan baik sekali. Suasana agak meriah kerana dianggarkan sudah 10 tahun tidak berjumpa dengan bapa kandung dan keluarganya itu. Aku hanya mampu melihat gelagat mereka dan paling penting aku bangga dengan diri aku kerana menemukan kembali keluarga yang terpisah jauh seperti ini. Sekurang-kurangnya aku dapat pahala. Alhamdulillah…segala urusan aku percepatkan. Mereka tidak membantah malah gembira dengan keputusan kami untuk bersama ni…sebelum pulang mereka menasihati aku….

bersambung…..

Episod 6:Nasihat yg diberikan ada mengenai si dia yg suke b’pakaian T-shirt singkat. Mereka minta aku supaya menasihati dia supaya berpakaian lebih sopan bila pergi kemana-mana pun. Mereka menyampaikan perkara tu pada aku kerana mereka tak nak si dia berkecil hati bila mereka sendiri menasihatinya. Takut2 kalau si dia dah tak nak datang lagi ke rumah mereka. Seolah2 mereka sudah tahu perangai si dia yg agak keras hati dan mudah melenting bila ditegur sedangkan mereka berpisah sudah lama. Itu tanggapan aku je. Tak tau betul ke tidak tapi aku ambil perkara tu sebagai nasihat org tua pada org muda. Aku hormati mereka. Perjalanan pulang kami alhamdulillah tiada apa2 halangan atau masalah. Kami gembira bila semua sudah selesai. Perjalanan kami penuh dengan keriangan dan gelak tawa usik mengusik. Kami bagaikan dah nampak kebahagiaan kami berdua akan tiba tidak lama lagi. Pelbagai perancangan yang kami ceritakan dan kami atur secara kasar. Aku mula membayangkan majlis yang penuh kemeriahan dan gelak tawa rakan2 yang hadir ke majlis aku itu nanti. Kesibukan melayan tetamu, melayan anak2 kecil dan mcm2 lagi yang aku angan2kan. Harap ianya menjadi kenyataan dan majlis berjalan dengan lancar. Perjalanan pulang kami sehingga lewat malam. aku hantar dia pulang. Keesokan harinya aku menghantar segala borong permohonan kawin kepada pejabat agama. Aku sangka semuanya selesai…amat mengecewakan kerana…

b’sambung….

Episod 7: memang menyusahkan tetapi nak buat mcm mana dah wajib kena patuh pada undang2 sekurang2 masa depan aku, dia dan generasi aku terjamin masa depan. Kalau tak patuh undang2 rasa tak payah jadi manusia le. Hatta agama kita sendiri pun ada undang2. Patuh je le. Pemohonan aku masih belum sah kerana tak minta cop pejabat agama tempat asal kelahiran si dia. Sedangkan aku ingin b’nikah di luar negeri kelahirannya sbb dia sudah tak lagi tinggal di sana,tempat asal kelahirannya itu. Aku pening kepala. Nak kena pergi lagi ke sana. Aduhh..!! Keluh aku. Memeningkan…tp mgkin silap aku tak tanya dengan detail pd pejabat agama aritu. Aku dan dia terpaksa pergi sana lagi. Si dia pun mengeluh juga bila tahu keadaan mcm ni tapi aku nasihatkan dia supaya bersabar. Ada juga suara2 sumbang yg memberikan idea jln singkat dgn mengatakan anggap bapa kandung si dia tu tidak dapat dikesan, jadi boleh juga wali hakim sahaja. Tak payah susah2 seperti ni. Aku menolak mentah2 pendapt tu. Umpama mengabaikan keluarga dan berdosa jika kita b’buat demikian sedangkan kita tahu bapa kandung kita dimana. Umpama menipu kepada Allah. Tak berkat perkahwinan tu nanti. Perkahwinan yg hendak dibina sepatutnya diberkati dan mendapat rahmat. Bukan untuk sedap2 sahaja. Panjang fikiran aku kerana perkara ni bukan main2. Aku ambil berat tentang semua perkara tu. Semoga 1 hari nanti kehidupan lebih sempurna. Aku dan dia mula merancang kembali untuk berjumpa lagi dgn bapa kandungnya itu dan ke pejabat agama disana. Harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar. Biar susah dan payah janji berkat. Itu je yang aku harapkan…

bersambung…..

Episod 8: Aku truskan hasrat untuk berumahtgga ini walaupun byk halangan. Usaha tetap diteruskan. Nak dipendekkan cerita, hari pernikahan telah dirancangan akan diadakan dimasjid besar. Bukan nak menunjuk tetapi biar lebih berkat. Itu yang aku harapkan. Segala persiapan aku dah sediakan dan ayat2 tuk akad nikah dah lama tersemat kat kepala aku ni sbb dah biasa dgn upacara akad ni. Jadi x ada masalah. Aku rancang nikah pagi, sanding petang. Memang memenatkan tp biar penat 1 hari je. Sekali buat,sekali abis. Senang. Segala perancangan berjalan dengan lancar. Tak ada apa2 aral yang melintang. Ramai kawan2 aku dan si dia datang. Tak kurang juga saudara mara dekat dan jauh. Hadiah jangan cerite le..boleh tahan. Secara keseluruhan aku berpuas ati dengan majlis aku ni. Segala yang dirancang menjadi dengan budget yang ada. Banyak sponser jadi kurang le belanja. Aku dpat sponser baju, Kek, dewan, pelamin, lemosin, dan beberapa lagi. Klu x dapat sponser penuh pun aku byr sikit je. Kira bertuah gak aku masa ni. Memori aku dirakam secara video oleh kawan aku,husen. Dia mmg pro. Yang gambr cuma dr kawan2 aku je. Aku lebih suka moment yg live je sbb tu aku suke dirakam secara video. Jadi suasana tu nanti akan tetap dirasa walau dah bertahun berlalu. Aku gembira…

bersambung….

Episod 9: Setiap hari yang aku lalui sememangnya penuh bermakna. Maklum le baru kawin. Rasa diri aku ni dijaga dengan baik dan aku dapat rasakan nikmat sebenar bila sudah berumahtangga. Memang cukup indah. Namun setiap yang dirancang tidak semuanya menjadi. Ni lah dugaan rumahtangga. Aku menghadapi masalah kewangan iaitu belanja harian. Nak harap job fotografi aku mmg tak cukup. Dulu kira roll. 1 Roll RM130. Sekali job dapat 3 roll,RM390. Tu blum tolak duik komisen mak andam. klu potong, bersih aku dpt RM350 je. Biasa 1 bulan paling kuat aku dapat 3 job. Ini bermakna pendapatan aku sebulan RM1′050. Nampk mcm banyak tapi klu ditolak duit minyak kereta, Sewa umah, belanja dapur, hutang kereta, hutang PTPTN, dll…cukup ke? memang tak cukup. Semakin hari semakin menghimpit hidup aku ni. Sampai terpaksa mintak tolong dari mak bapak aku. Malu aku dengan bini aku & mak mertua aku. Nak buat macam mana, dah terpaksa. Sampailah aku dapat cahaya mata,lelaki. Semakin terdesak dan terhimpit hidup aku ni. Entah macam mana lagi nak aku buat. Nak cari kerja yang aku boleh buat memang susah. Nak kerja kilang boleh tapi masuk hari ni,esok tak datang. Aku memang susah nak bekerja dengan orang. rasa rimas & panas je. aku nak bebas. Kadang2 terasa ada org mengata yang aku ni malas nak kerja tp aku pekakkan telinga. aku buat kerja setakat apa yang aku mampu mcm buat biznes kad, banner, & banting. boleh la nak survive tp masih tak cukup. Akhirnya doa aku dimakbulkan dengan mendapat tawaran kerja di sebuah Resort yang berdekatan. Resort ni lebih kepada konsep Eco-Resort. Berdekatan dengan gunung dan aktiviti lebih kepada mendaki & perkhemahan. Aku dapat tawaran kerja sebagai Designer. Gaji RM700. Alhamdlh…rezeki anak aku. Aku terima tawaran kerja tu dengan hati yang terbuka begitu juga dengan isteri aku. Aku harap kerja di resort ni akan mengubah hidup aku & keluarga. Namun apa yang diharapkan sebaliknya…..

bersambung…..

Episod 10: Kerja di resort tu memang bagus sebab persekitaran yang baik dan sihat. Namun begitu situasi ditempat kerja pula yang membingungkan. Ada yang suka mengata, bergosip, mengadu mcm hal dan banyak lagi. Sampai ada yang bergaduh lelaki dan perempuan. Aduh….tidak cukup dengan tu, gaji setiap pekerja pula bermasalah. Kadang2 bayar, kadang2 tangguh bulan depan atau 2 bulan kemudian. Siapa yang tahan dengan keadaan macam tu. Semakin hari semakin ramai yang berhenti terutama dengan sebab gaji yang asyik tertangguh-tangguh. Akhirnya aku pula yang buat keputusan hendak berhenti dek sebab gaji juga. Isteri aku faham dengan situasi tersebut. Setiap masalah memang aku bercerita dengan dia. Sebagai isteri sememangnya dia jadi peneman dikala si suami bermasalah. Keputusan aku berhenti di tempat kerja tersebut diterima dan redha dengan keadaan itu. Dia pun tak menunjukkan apa2 reaksi membantah. Aku kembali dengan pekerjaan asal aku sebagai jurufoto. Aku cuba membuka lembaran baru dengan perbanyakkan usaha promosi kepada rakan2 dan butik2 andaman semoga usaha ini akan dimurahkan rezeki hendaknya. Selang beberapa bulan usaha tersebut membuahkan hasil. Walau tak banyak tapi alhamdulillah ada juga yang sangkut. Aku lakukan seperti biasa. Walau penat macam mana sekali pun aku tak kisah bila terbayangkan isteri dan anak aku. Mereka memberikan semangat dan dorongan yang amat besar sekali dalam hidup aku. Tak ada mereka, tak tahu la. Selepas berbulan aku berhempas pulas mencari rezeki, aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri aku. Aku tak pasti kenapa tapi lain macam je perasaan ni. Aku selidik dan bertanya persoalan kepada isteri. Rupa-rupanya……

bersambung…….

Episod 11: Sejak aku mula sibuk dengan kerja aku yang kadang2 balik lewat malam, dia mula berani keluar rumah tanpa pengetahuan aku. Dia mula berfoya2 dengan kawan2 bujang dia tu. Bila aku balik, dia tak ada dirumah. Bila aku tanya pada mak mertua aku, dia kata isteri aku tak balik2 lagi walau waktu kerja dia sudah habis. Perkara ini berlarutan sehingga ada mula rasa sesuatu yang tak sedap. Entah apa yang dia buat aku pun tak tahu. Bila dia balik kerumah dengan dihantar kawan dia tu, aku mula tanya pada dia. Apakah yang menyebabkan dia menjadi bergini. Aku mula terangkan tanggungjawab isteri dan adab2 sebagai seorg isteri. Aku terkejut bila dia melawan kata2 aku. sehingga dia memberi kenyataan bahawa dia sudah tawar hati dgn aku. Aku kata kenapa? Dia jawab, dia dah tak ada rasa apa2 dalam perkahwinan ini. Aku makin tak puas hati dengan kenyataan dia. Apa yang dia mahu? apa yang terjadi hingga boleh jadi bergini? Dia kata aku tak bertanggungjawab sbb aku tak berkerja sehingga dia rasa dia menanggung sendirian semua makan minum dan keperluaan dalam keluarga sejak2 aku berhenti kerja dr resort tu. Apa!!?? cess….habis apa yang aku buat balik mlm2 tu? kan aku bekerja, ambil gambar. Jawaban dia sungguh mudah, dia tak anggap aku berkerja kerana aku tak berkerja dengan org seperti org lain & seperti dia. What?! kata dia lg, dia tidak rasa apa2 pemberian seperti kemewahan dan perhiasan diri (emas,rantai,cincin..) seperti yang diidam2kan. Aku dah berbincang dengan dia bahawa untuk membina sebuah rumahtangga yg lengkap dan sempurna mmg memakan masa kerana pada waktu itu perniagaan aku masih belum stabil lagi. Masih baru mencari tapak untuk berjaya. Suami isteri sepatutnya berkorban bersama walau susah atau senang. Tapi sekarang apa dah jadi………………?

bersambung…..

Episod 12: Aku semakin tak tahan dengan perangai dia. Semakin hari semakin menjadi. Mungkin dia buat mcm tu sbb nk cabar aku, lafas cerai luar mahkamah dan aku kena denda atau dia tau aku bukan jenis kaki pukul agaknya. Aku risau kalau dia buat hubungan seks haram dengan kwn bujang dia tu sbb kwn bujang dia tu adalah bekas kekasih lama dia. Aku takut cinta diantara mereka berputik kembali. Maka dengan rasa yang amat berat aku akan ceraikan dia gak walau aku dah nasihat berkali2. Aku tak nak tanggung dosa apa yg dia buat kat luar tu. Makin aku simpan makin berat dosa yg akan aku tanggung nanti sbb aku masih suami dia sehingga ada kalanya dia tak balik rumah. Entah kemana dia tidur tp aku syak dia tidur dengan kwn bujang dia tu. Walau aku ceraikan dia pun aku tak rasa ralat sgt sbb aku terlepas tanggung anak luar nikah dia tu yang akan mendatangkan banyak masalah bila dia dewasa nanti. Biar dia yang tanggung. Aku dah cukup baik terima diorg dalam keadaan mcm tu & kembalikan maruah diorg di mata masyarakat sekeliling sejak dia berkahwin dengan aku. Sehingga 1 mlm tu aku dah tak tahan, aku mengamuk. Aku marah dia cukup2 dgn suara yg tinggi pd pukul 3 pagi. Aku hempas pintu tanda aku kecewa sgt tentang apa yg dia dh buat pada aku. Lantak le jiran2 nak marah atau ape. Dalam keadaan aku marah tu, dia telefon kwn dia tu. Bila kwn dia sampai, dia terus keluar dan pada saat2 tu lah aku lepaskan kekecewaan aku dengan melafazkan kata2 berikut;”Aku laknat kau, Aku laknat kau, gelap masa depan kau”. Itulah kata2 dari hati seorang suami yang amat2 kecewa dan adakalanya aku marahkan diri sendiri kerana gagal didik isteri. Kwn dia yg nk pukul aku (kononnya aku kasari bekas awek dia tu), tak jadi nk pukul kerana tiba2 suasana sunyi seketika lepas aku lafazkan kata2 tu. Diorg, mak mertua dan anak tiri aku terdiam bagai dipukau, bagai terkelu lidah. Lepas ketika tu diorg semua keluar rumah tinggalkan aku dgn anak aku. Aku terus buat laporan polis yg mengatakan kwn bujang isteri aku tu nk pukul aku dan ugut akan pukul aku bila aku keluar rumah nanti. Biar ada bukti yg dia adalah seorg isteri derhaka. Memang betul kata org kalau seorg lelaki mengahwini seorg perempuan yang sudah terlanjur & liar dia mmg tak layak jadi isteri yang baik. Itu janji Allah. Jadi carilah dengan cara sunnah nabi. Aku menangis bersama2 anak aku. Aku peluk erat2 ank aku……

bersambung…..

11 Respons

  1. huhuhu…
    syahdu sungguh cite brader nazri ni..
    patutla smgt cite dlm ym psl ank’ tut’ td…
    bru skrg sy faham..
    hehehe…
    anyway gudluck bro…
    doa sy pn berjaye dlm arena tembak2 pakai camera ni…

  2. naz buatkan org trharu..
    sushkn nk cr lelaki yg snggp trima apa sj kekurngn sesorg..

  3. cepat sambung…lambatlh

  4. bz sgt ker? bila nk continue crite ni.. dh x sbr dh..

  5. en.naz…cepat la sambung jgn la wat org ternanti-nanti…..
    crite sedih jgn la lambt2 habis…

  6. stiap khidupan umpama roda… adakala kita diatas, adakala kita dibawah… yg penting khidupan mesti diteruskan… wlu kgagalan itu dtg yg pasti kita mesti kuat hrpan sya sebgai pembaca bro tetap terus perjuangan demi anak… jgn lpe teruskan citenye k…

  7. panjangnya kisah hidup cik nazri..
    rasa mcm baca novel

  8. cik nazri…perempuan yang baik unutuk lelaki yang baik juga…….

  9. aku tabik kt hang la bro,jiwa hang sungguh kental….bler nk sambung?

  10. salam..baru pertama kali saya masuk laman blog org n tak tau langsung sapa encik ni…
    tapi.. yela.. bagus juga dengar kehidupan yang awak lalui..sekurang2nya ada org lagi kesian dari saya ni…

    Tak faham ya.. macamna Pempuan yang malang tapi bertuah sangat2 bila disayangi oleh seorang lelaki yang suci ( hehehe)
    tapi tak bersyukur lagi…..
    apapun , anak tu tak salah..jagala dia baik2…

    (^ O ^ )!

  11. KEsian juga tgk abang kita nih… Tapi Allah dah janjikan pintu rezeki yang baik untuk orang yang sentiasa bersabar… Dan semoga kita antara yang bersabar itu…

Tinggalkan jawapan